Pages

Tuesday, 2 October 2012

Nasib baik gagal dibuka pintu itu........

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nasib baik pintu "tandas" tak boleh dibuka. Tu lah kalau tak tau kena tanya kot, jangan buat-buat pandai. Hendak pula tempat atau kenderaan yang tak biasa kita naiki.

KAlau tak, tak pasal-pasal kes naya....

Ceritanya: 
Seorang penumpang pesawat menyangkakan pintu kecemasan adalah pintu tandas kapalterbang. Huish dia tak tau ke bentuk kapalterbang tu macam mana.. Kalau ye pun , .. bukak-bukak mestilah nampak luar... Ingat design macam rumah ke... ada bilik-bilik. 
Atau , mungkin macam rumah dia yang tandas kat luar rumah..
Itulah, seorg tua nyaris menimbul malapetaka apabila  cuba mebuka pintu kapalterbang..

(Apapun... kesian juga kat sbb org tua kan...jgn marah dia ok)

Petikannya:


Lelaki tersilap buka pintu tandas ketika dalam penerbangan

HONG KONG - Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat yang disangka pintu tandas.

Krew pesawat yang menyaksikan kejadian itu terkejut setelah terlihat seorang warga emas berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu kecemasan pesawat itu dan kemudian cuba membuka pintu berkenaan.

"Nasib baik dia gagal membuka pintu itu dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya daripada meneruskan niatnya itu.

Apabila dia disoal selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas kerana inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat,” kata salah seorang kakitangan pesawat itu.



6 comments:

  1. Aiyak... gila lah.. bahaya oh.. kalau la dia buka.. abis semua terbang.. Hohoho..

    ReplyDelete
  2. Haha nsb baik tak bole buka ...

    ReplyDelete
  3. nasib baik.. kalau tak tandas besar dia jumpa, heheh

    ReplyDelete
  4. hahhahaha,, kalau x abis la,,, hik3

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again