Pages

Friday, 20 July 2012

Sapa suruh tanya....???

Salam..
Lemah aku malam ni. Tapi ku gagahi juga tulis blog. Yup, memang tak dak sapa suruh. Dah minat kan..

Semua sudah tidor. Aku tunggu line clear sementara nak kemas rumah. Habis anak2 sepahkan mainan dan buku dan pensil dan kertas. Pendek kata apa yang boleh disepah semua bersepah...

Dan bukan tiap-tiap malam aku kemas. Tulis kat blog mcm la kemas tiap-tipa malam. Hahaha
Jgn salah paham..

Jarang orang tulis blog benda-benda negatif dia kan..Semua nak tunjuk rajin dan best saja...
Eh tak semua ke???
ok ok aku silap..

Anyway, lemah la malam ni. Lemah semangat sbb Kedah tersingkir... Kalah penalti dgn Pahang..
Playoff Liga Super 2013. Maknanya Kedah kena turun divisyen.

Adat sukan kan.Mesti ada kalah dan menang.. Ok tutup kes. Dah kalah terima ja..

Ni cerita lain....

Aku tak reti nak buat surprise sbb aku tak tau apa wife nak masa annivesary. Ok lah selalunya beli ja apa apa yang sesuai. Kalau hadiah tentulah dia terima ja kan...

Then lepas dating ngan wife dan diiringi oleh anak2, masa balik tu aku cakap nak beli handphone sbb yang ada sekarang ni macam susah ja nak guna... Dalam hati dah aim Galaxy S III.

Jap jap, sabar na..

Patutnya aku beli saja... Tapi hati kecil aku tau dia mesti tak mau hp canggih manggih. Aku pun tak tau guna.. (Blur blur I.T ni).

Lurvy kata nak hp boleh call dan sms sudah....Tak usah habis ribu-ribu kalau tak guna function yang lain yang banyak tuh. Nak amik gambar kamera dah ada..

Hurm betul la!! So aku tanya nak apa..

Beli la kereta ka....

Adoii.. tanya lagi..

Moral of the story... Beli ja hadiah, jgn tanya!


Story ii.

Ujian hp hilang.

Aku nak buat ujian hp hilang iaitu aku tak nak guna hp selama seminggu atau dua minggu... Alah aku bukan bisnessman ke apa pun kalau kena keep in touch selalu.

Ada org tak boleh kan hidup tanpa hp..

Lets try.... Starting tommorrow...

Aku akan pass my hp to my wife before ada replacement.... replacement untuk hp dia...

Sebenarnya aku nak tengok berapa miss call atau msg yang akan masuk. Tanpa aku initiate....

1.Then you know from all the list, maybe thousand of it, siapakah yang regular contact...
2. Or kalau hp aku hilang adakah perlu aku panic kehilangan contact no yang banyak..

Urm...apa motif aku ni??? Aku pun tak tau...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again