Pages

Tuesday, 20 March 2012

Observasi di Japan


Seminggu di bumi Matahari Terbit banyak mengajar aku. Sebelum ku nukilkan catatan perjalanan, akan ku catatkan observasi aku terdapat sikap masyarakat Jepun.

Honesty dan disiplin. Orang Jepun ni sangat jujur dalam kehidupan mereka. Aku perhatikan atas sikap jujur ini melahirkan sikap disiplin yang tinggi. Mereka jujur kepada diri sendiri dan jujur dalam mengikuti peraturan. Mungkin aku melihat 5% peratus dari aspek kehidupan mereka namun berbanding Singapura, orang Jepun berdisplin atas kehendak diri sendiri manakala di Spura mungkin disebabkan ‘enforcement’.

Mungkin mereka terdidik cara budaya yang sebegitu hingga menjadi culture dan semuanya nampak natural.
Satu lagi aspek yang begitu aku kagum ialah kebersihan. Sangat-sangat bersih dan kemas. Dalam puluhan juta ‘Tokyoite’, mereka begitu berdisiplin sekali dalam kebersihan. Jika atas sampah pun mungkin sbb terjatuh dan bukan dibuang merata-rata dengan sengaja.

Dalam pada kekalutan dan kesesakan dimana semua org tergesa-gesa mencari haluan dalam subway mereka begitu humble dan betah sekali ingin membantu.

Green…
Semua sisa buangan wajib diasingkan dan dikitar semula. Sesetengah tempah semua sisa dalam tin dibersihkan dahulu sebelum dibuang mengikut jenis.

Lost and found.
Kebanyakan station ada “lost and found center “ dan kemungkinan besar barangan anda akan di ketemui semula. Ada staff hotel hilang hp dan dalam masa seminggu telefon tu sampai kepadanya kat hotel.. Bukan sekali tapi empat kali sudaaa.. Rasanya kalau sekali lagi patutnya hilang terus kot. Kesian org yang jumpa tu kena pulangkan….

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again