Malam minggu lalu..
Aku layan Arsenal lawan Spurs. Gila punya fantastik perlawanan tersebut, dari segi comeback oleh Arsenal. Lama dah aku tak ingat "comeback" yang dahsyat except masa Liverpool ketinggalan 0-3 dengan Milan kot.. Boleh kejar sampai menang menerusi sepakan penalti setelah berjaya menyamakan kedudukan 3-3.
Tetiba, tengah syok syok tengok...
" Abang mai jap"Huh dari tadi dia dok layan internet. Ntah apa Lurvy surf. Kita tengah baik punya tengok bola.
"Sini la....Kejap!" panggilnya lagi.
Huh! naper pulak ni.. Nak kata ada awek message fb aku.Tak logik. Awek mana lak ni..Ahaks...
Sapa lak ni . Yuna ke Neelofa ke??? Wohahahaha.. Aku tak minat depa sebenarnya..
Atau Erykah Badu yang tulis kat wall aku.. Apa??? Sapa dia tu.. Ada aku kesah!
Huuh suspen ni...Aku pun bangun tengok.
" Cuba tengok ni. Cuba baca..."
Bukan fb aku , bukan blog...
" Dapat ke ni' Tanya Lurvy lagi
"Eh dapat la tu... Tahniah Yang"
Fuh lega... tak ada message yang pelik2. Haish memang tak akan ada lah.!!!. Saja aku buat suspen.
Aku baca lebih kurang. Keputusan temuduga Cuti Bergaji Tanpa Biasiswa ( macam tu kot nama permohonanan dia) untuk Master dia.
Berjaya!!!
P.s. Dan tadi pun semasa kursus aku baru collect aku punya scroll Master in Aplied Finance and Investment. Dah lama dah siap tapi baru depa bagi tau boleh collect.. Kira bond pun dah habis baru amik cert dia...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again