Pages

Tuesday, 31 January 2012

Along ke MRSM Langkawi...

Along telefon bagitahu yang dia dapat ke MRSM Langkawi. Surat pengesahan belum dapat lagi, pengesahan dia dapat masuk PKP(program khas pendidikan, kalau tak silap), dan tarikh pendaftaran yang dikatanya 8 February 2012. Apapun kalau Maktab bagi tau tentu 99% pasti kot. Cuma tunggu surat rasmi shj.
Kami sudah telefon Langkawi dan mendapat kepastian daftar 8/2/2012. Bukan apa senang nak plan cuti.. Semalam dok berkira-kira yang Lurvy kena ambik cuti CRK untuk dua hari kalau boleh. Entahlah boleh ke tidak katanya, biasanya CRK satu hari sahaja. Tapi harap-harap dengan jarak perjalanan yang jauh demi menghantar Along, bolehlah diluluskan.
Dari MRSM Terendak hanya Along dan seorang kawan baiknya saja yang dapat. Aku pun google lah lokasi MRSM Langkawi. Macam dekat sahaja dengan pekan Kuah.Aku jarang ke Langkawi walaupun org Kedah. Kini boleh la selalu ke Pulau Lagenda tu…

Phasa kedua dalam pengajian beliau. Dulu ke MRSM Terendak, dekat sahaja dengan rumah dari Puchong. Kini makin jauh. Dan aku dan Lurvy akan hantar kemana pun selagi beliau mahu dan mampu untuk mencapainya. Semoga beliau terus berjaya..

Cerita pasal Along sikit, dulu anak sulung kami ni rasanya macam dah tak panjang umur namun, Alhamdulillah , Dia mengizinkan kami terus menyayangi beliau di alam ini. Lahirnya tak cukup bulan. Hanya berat 1.9kg. Terpaksa berada dalam incubator selama beberapa hari. Anak sulung, dan kami yg baru menimang cahaya mata tidak betah dalam urusan bayi ni, hampir mengundang bahaya kepada beliau. Terlalu fragile masa kecilnya.. Bulan pertama dan kedua begitu mencabar. Dengan demam kuning yang agak tenat. Aku meninjau dari luar wad, mengira-ngira tiap hembusan nafasnya. Paniknya, aku ingin berlari memeluk takkala kurasakan nafasnya berselang agak lama.. Paling menguji kami ialah bila dia terpaksa melalui proses penukaran darah kerana darahnya terlalu kuning. Oh,, biarlah kenangan anak sulung kami aku dan Lurvy saja yg simpan..

Kini cepatnya masa berlalu, baru seketika tadi rasanya kami bermain dengannya seperti mana kami bermain-main dengan Aisya danYasmin kini…
..…kini sudah selesai PMR dan akan berjauhan dari kami ke Langkawi….

Wokeh..nostalgia pulak kisah lama,,,, cerita silam tuh..

Makanya aku pun google lah kat mana, bagaimana rupanya MRSM Langkawi lalu terjumpa blog ini. Utk rujukan aku dan inilah photonya… nanti aku post photo yang aku snap pulak..


Photo kredit untuk empunya blog ni..Many thnks!!!
http://hassan1663.blogspot.com/2010/02/kembara-cuti-cny2010-kausar-masuk-mrsm.html


MRSM LANGKAWI








MRSM LANGKAWI







MRSM LANGKAWI










Monday, 30 January 2012

Inilah akibatnya...

Aku selalunya begitu mengambil berat tentang kebersihan lensa kamera. Dan bila ada org tanya kenapa gambar yang diambil kelabu dan tak sharp. Aku akan belek lens kamera depa dulu. Kadang-kadang ada cap jari, stain dan kuah kari pun ada.. wohahaaaaa....
Ye lah bukan sengaja kan... Tak perasan... tapi tahukah anda lensa anda merupakan tempat masuknya cahaya dan kerana adanya cahaya maka adalah imej. Kalau tak bersih memang kualiti gambar akan kurang..

Macam gambar di atas. Aku sangat2 suka composition macam ni. Abih tu dah aku yang ambik, tentulah suka!!! Wohahahah lagi sekali...

Tapi seyes, kalau org tak suka pun, kita mesti suka photo kita...

Kalau ada kekurangan kena keep improve. Itu yang penting.. Tak tau tanya!

Balik kepada gambar kat atas. Lens ada kesan air laut. Ni setelah aku ambik gambar ombak dan batu etc.. Ingat dah cuci dah lens tu...

Kesannya nampak jelas dalam photo ni.. Tak leh buat apa.. Kelabu asap jadinya... Adussss..

Gambar yang terakam....

Entry ini nak menceritakan gambar yg terakam oleh aku. Suasana di pantai Kemasik. Terengganu..

Photo menggambarkan sebuah jip yang menunggu ikan hasil nelayan yang baru pulang.
Tapi ada yang kurang ,, tak ade imej bot dan tak ade ikan pulak la kan.. So cerita aku tak sampai kalau tengok photo ni.


Hanya menggambar sebuah jip yang melalui pantai yang sepi dari pengunjung...




Dan meninggalkan jejaknya yang sepi...sekian.











Yang ni pulak suasana pantai di Paka berhampiran dengan kuari. Tak dapat shot yang best tapi sebenarnya ada banyak tempat yang menarik di Paka untuk diterokai,,... Sebab nak dapatkan silky effect kat ombak laut..low shutter speed mengakibatkan over exposed....


Sunday, 29 January 2012

Random Photo

Banyak pulak gambar terperuk dalam Hard Disk.. Share jelah..Sharing kan caring.. Cantik tak cantik tak pe lah kan.... Ni kira segmen random photo... Kayu hanyut

Tersadai di pantai. Ada juga gunanya...Untuk jadi foreground photo..





Bot penyelamat..


Kalau tak tau guna tak ada guna jugak...


Orang laut Pulau Gaya (Photo)


Membina rumah atas laut...




Menjemur dan menjual ikan kering ( ikan talang)











Ahkong, seorang kawan...







Dah buat punnnn...bagus lah. Tapi ada belum buat lagi...

Dulu aku terfikir kenapa tak buat ATM yang ada cash deposit dan Cash withdrawal . MAksudnya ada 2 in 1 dalam mesin ATM tu.. (Biasalah aku terfikir dan tak pernah/cadang tanya kat bank pun.. )
Ye lah, kan ada masalah duit ATM habis la.. Cash deposit dah penuh la... Kalau ada dua-dua sekali kan senang. Tak payah top-up cash selalu.

Kini aku dah jumpa pun .. ATM WIthdrawal dan Cash Deposit .. Bagus dan tahniah untuk Public Bank.. Err cuma aku tak explore habis2. Sama ada boleh withdraw ke tak. Sebab org ramai Q.. Tapi lepas ni tentu banyak yang akan followwwww....

Yang belum buat pulak..

Korang terpikir tak. Bukan kah senang kalau kereta terbaru buatan Malaysia terutamanya, menyediakan slot utk masukkan kad Touch and GO dan berfungsi sebagai Smart taq. Jadi tak payah lah dok guna "ketul" smart taq kat dalam kereta.








Ala lubang slot tu nipis ja kan.. Mana2 kat dash board pun tak terganggu sangat design dalaman kot. Kebaikannya, tak payah guna bateri sebab boleh salurkan bateri dari dalam kereta ja pun.. Boleh ada indicator kecik utk tengok balance kat odometer.. Sensor untuk pondok tol nak baca buat la kat atas dash board tu..


Ok tak idea aku???
At least ada banyak kebaikan:
1. TAk delah kena letak smart taq reader atas dashboard. Ramai org tak lekatkan kat stand dia pun sekarang ni.
2. Bateri tak perlu ditukar.
3. Kemas sikit kereta tu. Dan bolehlah pengeluar include sbg accesory. Kira win win lah.


Proton ke produa kalau baca tolong pikirkan lah kot.


P.s Oh ya sistem tu kena open sistem la kot. Kalau automatic payment system lain diguna pakai make sure boleh reset kepada system lain, tu pun kalau gomen tak nak guna Touch n Go l agi ..


Photo: oneduasan.wordpress.com
Aku punya smart tag entah pi nama anak dok main dalam kereta..tak boleh amik gambar ...tu la pasal kena buat cadangan aku tu..

Thursday, 26 January 2012

Cuti-cuti Malaysia Sabah : Final Part ( yang pertama)

peace sebelum turun laut..peace bila-bila masa pun kalau angah ni..




air yg jernih




Angkut pelbagai



Alat snorkling sampai lebih lebih




Nampak nemo??







Urmm sampai sunburn la jawabnya..



Hari ni amik Along pulang bercuti.( Nota: Tengok tu..entry punya lama tak post.. Tulis hari Jumaat 20 /1/2012..erm dekat seminggu dah)



Kami suruh naik bas saja dari asrama. Memang ramai la parent pergi amik tapi kami melihat bukan lah keperluan dan beliau perlu belajar independent dari awal. Lurvy selalu perli “ Macam mana nak pergi belajar oversea kalau jauh ni pun tak boleh arrange balik”

Aku belum sempat nukilkan kat blog ucapan tahniah kat Along dapat straight A dalam PMR walaupun dah celebrate dan dah dapat hadiahnya pun. Oh ya entry pecutian kat Sabah banyak lagi photonya nak post. Kira ni entry last pasal Cuti-cuti Malaysia Sabah. Sbb dah lama…tapai kalau tak masuk kan picta yang banyak rugi la pulak..

Err..ok..masa ni 22/12/2012. Along tak lepas hp dari tangan. Almaklumlah result keluar hari ni dan kami kat sabah.. Nerves saja dia, kejap-kejap msg kawan Tanya result.. Kawan tak sampai sekolah lagi la…Kami pun nervous juga. Tapi buat-buat coollll.

Last-last dapat good news…8A’s. Tahniah tahniah…. Happylah kan,,, Thnks juga guru-guru dan peluang untuk belajar MRSM..

Ok last day today last day kot setelah pergi pulau dan snorkeling.. semalam .Photo snorkeling kat sini. Tak tau nak ayat banyak-banyak. Cuma kata pilot bot tu tempat yang paling best..lagi best.. snorkeling ialah Pulau Sapi. So kami memang skip snorkeling kat Mamutik dan Manukan. SInggah jalan jalan gitu saja… Aku dua tiga kali tanya nak confirm tempat yang best. So malas lah nak basah kat Pulau Manukan bagai. Ok tu cerita semlam 21/12.

Hari ni Haris datang nak teman dan tawar menawar untuk depa shopping . Aku bab shopping ni kurang minat. Biar kak dan mak aku sajalah.






Ok to cut long story short..Malam balik pukul 6 MH dan pukul 10 bagi aku dan mak, alif dan Danish dengan AK. AK memang kalau tak delay tak sah..adus letih tul…







Saja tulis final part (yg pertama), kot2 ada nak tambah lagi...

John Grisham.. Veljet



How could i miss this title. A book by John Grisham. VELJET.. So funny! it was in Dutch I guess. Being translated from English.. No wonder i havent came across this book.. :)

Terjumpa buku kat satu hotel.. Uik macam mana aku boleh miss tajuk ni... Lurvy yang perasan.. Erk ada title baru ker?????? Rupanya buku dlam bahasa Belanda(?).. Veljet? Apakah maksudnya....

Tuesday, 24 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina














Selamat Tahun Baru Cina. Tahun Naga.

Harap tak terlewat lagi untuk wish all my friend, jiran and all Malaysians.. Happy Chinese NEw Year.. Baru ja sampai dari Ganu.

Monday, 23 January 2012

Pasir, Pantai dan Paka


Hari ni sempat praktis ambil gambar di pantai waktu pagi, tetapi tak lah pagi betul... Mentari agak meninggi dan banyak awan.. Jadi horizon tak dak kaler-kaler juga...

Tapi boleh la praktis sejam dua kat pantai area sini..Actually kat Kemasik,, about 10 minit aku drive dari Paka,,

Saturday, 21 January 2012

Practise!


Kena belajar dan belajar lagik.. Sesuatu tak kena ... .. Aduss..
.. tak cukup practise lagi..Mungkin perancangan nak shoot tak ade. Sepontan kot ni... Tapi kat mana sweetnya lens ni? Tak tahu lah..Esok cuba lagi...

Friday, 20 January 2012

Yang penting planning, jangan ramal ramal...

Semalam dengar prediction so call by expert ke apa tah..may be pasal fengshui kot ,,dalam talk show radio.. Kelakar jugak kan.. Pakar ramalan bagi pendapat..

“So many challenges and riot so call interm of economics, politicall ,,so call dispute and challenges in 2012. I could see there will be more risk so call in property in first half in term of investment and price ,, becoz…errr… so call uncertainties and challenges face by the country so call in first few month“
----berapa banyak so call daaaaa

Prediction aku pulak.. Ye lah sapa pun boleh buat prediction kan…

Nothing happen much this year. If ada major disaster, its part of earth geological movement and Qada dan qadar. Sama sahaja seperti tahun2 lepas. Akan ada benda positif dan negative dan perlu di ingat ,positif bagi A mungkin negative bagi B dan sebaliknya. One man gain is another man pain, walaupun bukan 100% negatively correlated…

Prediction apa pun tak penting ( seperti aku cakap sapa pun boleh ramal)tetapi apa yang penting macam mana nak plan hadapi hari esok…., dan berusaha untuk mencapainya...

P.s Tapi ramalan cuaca kena dengar...

China, Japan, Europe???


Hari ke-20 dalam tahun ini , macam semalam tahun 2011. Sama ja kan 2011 ke 2011.?? Cuma kalendar berubah, anak-anak membesar atau naik darjah / tingkatan. My 2012 start well ok ja… as usual . manage to do some good thing/deals . Alhamdulillah….

Dan sekarang tgh planning to go to China atau Japan atau Europe… Rather tight punya planning juga..but got until cuti sekolah bulan Jun kot ..before Aliff exam pulakk..Kalau rancangan berjalan lancar sampai lah kot,, InsyaAllah… Tgk flight Emirate mcm menarik saja,, macam murah dari lain-lain airline…
Apapun sekarang tgh buat itenary dan budget…. Tunggu quotation Japan and China.. kalau lebih kurang saja dgn Europe, maybe zass ke sana..Apapun terlalu awal utk decide, walaupun masa dah hampir time….Semalam sampai pukul 1 lebih dok planning with Lurvy...

Budget satu family mungkin sama atau lebih dgn hadiah yang dapat...

Benda-benda lain rather sombre mood. Uneventful. Not what I expected to be on certain part but there is some positive vibe. Bak kata pepatah setiap yang berlaku ada hikmatnya dan with reason. Let move on and think positive….
Lets focus on the solution instead of problem..

Photo: Internet source ..sorry terlupa nak credit.. kalau sempat dan winter lum habis nanti aku ambik picta sendiri kat snow..

P.s. member kat geneve,,standby ok..kalau ada rezeki nak jumpa lu la Bro

Sunday, 15 January 2012

Banyak nya Wang....





Memang seronok la mereka.. Banyak nya Wang..



Hebat- hebat!! Kalau kita juga banyak Wang macam mereka tentu gempak. SUre happy ..







Alaaaa...Abah ni dah tengokla.. Semalam dah tengok!


Eish ni "live" ni .. Mana lak dah tengok..Final ni..

"Tu yang kta tengok semalam, Wang S lwn Wang X."

Doohh..


Sampai aku pun confuse..

Ni haaa.. final Malaysia Open, aku baru saja nak landing depan tv tengok perlawanan akhir, ye lah menunggu Lee Chong Wei.. Adalah pulak Wang Y lawan Wang X..(Woman Final)


Semalam semi aku dan anak-anak tengok Wang X lawan Wang S. Tu yang depa confuse.
Banyak nye Wang!!!!!!!!!! Cina boleh produce ramai pemain handalan dan nama Wang jugak tu...
Ok game dah habis


WANG Y yang menang atau nama penuhnya WAN YI HAN
mengalahkan Wang Xin.


P.s Nasib baik tak ada Wang Z..
P.s2: Lagi nasib baik ada Lin Dan ( Lin D).. kalau ada Lin E, F, G.. jenuh atur tu sampai Lin Z... huh berapa puluh org pemain handalan..mampus negara lain!! wakakaakakakaa
P.s3: Need to update, yang Datuk LCW Juara.. dengan senangnyaaa belasah KT


Photo wang: Wikipedia
Photo Wang yang org tu, Source: yoelegacy.blogspot.com

Baby....

Nampak tak baby tu....



Pehal pulak entry hari pasal make lov and baby ja nih... aduss..

Anyway cantik photo sebelah ni.. ..













source :emmysmindinside.blogspot

Bila masa terbaik "make love"???? Tanya sama pakar



Sory kalau anda membaca entry ni time ni ( dah lebih 7.30).. Tunggu esok ya... Alamak esok Isnin la pulak.. Uik tak dak benda lain dok pikir.. Just nak kongsi .. Terbaca dri blog cacamarba.. sebelum 7.30 tadi..ahaks..

Kopipes boleh (kerja malasla ni.. ) Oh taknak copy paste lah.. Nak baca g lawat blog dia.. Atau..ringkasnya, katanya..:
Waktu terbaik make love ialah pukul 7.30 pagi..
Likely to achieve orgasm
Senang concieve..
Otak cerdas deria paling alert dan bagai-bagai lagi..
.. dah lopeh subuh...


Ni dari the Sun:

7:30am: Time to make love
Author di la kot ni:::Follow MATTHEW BARBOUR's timeline and you'll be feeling great in no time...

7:22am
SET ALARM CLOCK: Body specialists claim our internal alarm clock is programmed to go off after seven or eight hours' sleep.

But University of Westminster researchers found those who rise between 5.22am and 7.21am have more of the stress hormone cortisol in their blood, regardless of what time they went to bed.

This can make you more prone to heart attacks so waking up later is better for you.


7:30am
HAVE SEX: The body produces a surge in sex hormones and a rush of adrenalin to get you going in the morning.

Sex therapist Suzie Hayman says: "You'll both be rested, with heightened senses. As you're still waking up, you tend to be more responsive."

Research in Italy found it is also the time most couples are likely to orgasm – and conceive.

8:10am
ENJOY BREAKFAST: It is best to eat breakfast about an hour after waking up, scientists in Australia found.

"Your appetite is strong at this time," said researcher Brett Harper. "But if you eat earlier the stomach is not conducive to digestion and also absorption."

9am
TACKLE HARDEST TASK: People are at their most alert one to two hours after waking up, research by New York's Sleep-Wake Disorders Centre found. "It's when levels of the stress hormone cortisol are highest. Blood sugar levels increase, giving you the energy to manage difficult situations," says Professor Simon Folkard, of the University of Wales.

10:30am
HAVE A SNACK: Stabilise the first energy dip of the day with a snack, such as a piece of fruit. Eating little and often helps the body function more efficiently than eating three large meals.

1:30pm
EAT LUNCH: "Digestive processes are working at full power now," explains Cath Collins, chief dietician at St George's Hospital in London.

"You'll be able to digest food properly and won't be overeating as your blood sugar should still be sufficiently elevated."

2:16pm
PUT THE KETTLE ON: The average Brit loses their va-va-voom at 2.16pm, according to a survey by tea-maker Typhoo.

Nearly all of the 2,000 respondents were lacking enthusiasm for any kind of task at this point in the day — so time for a caffeine kick.

But make it your last cuppa of the day. Drink it any later and the caffeine won't have time to disperse through your system before bedtime, causing insomnia.

4pm
HAVE A YOGURT: This will steady blood-sugar levels and prevent any after-work binge eating. "Choose diet yogurts over low-fat ones, which can contain more sugar," says nutritionist Clare Stanbull.

5pm
EXERCISE: Researchers in California have found hand-eye co-ordination and reaction times peak now. It is also when the stress hormone cortisol, which can damage the immune system, is at its lowest. So while dawn gym bunnies may look healthy, they are putting themselves at increased risk of infections.

7pm
POUR A GLASS OF WINE: If you want a glass or two of wine but don't fancy ending up on the floor — this is the best time to indulge.

Many body functions slow down through the course of the evening so alcohol moves more slowly into your bloodstream.

7:30pm
HAVE A LIGHT DINNER: A big meal of carbohydrates fuels a rise in blood sugar and puts the digestive system into overdrive, affecting sleep. Opt for lots of veg with smaller portions of carbs and proteins.

10pm
HAVE A BATH: Body temperature needs to fall in order to help us sleep. Though the bath itself is warm, stepping out immediately cools the body and gets you in the best shape for falling into bed.

11pm
GO TO BED: Stress hormone levels are now at rock-bottom and your body produces a surge of sleep-inducing melatonin.

But to aid a restful, refreshing sleep, don't eat, read or watch television in bed.

Professor Jim Horne, from Loughborough University's Sleep Research Centre, says: "This will maximise the production of melatonin during the hours of darkness and can quench cancer-causing free radicals."

Saturday, 14 January 2012

Jom Makan-Makan:Kafe Ipoh Station...erm noltalgia




Memang mengnostagiakan diri lah.. kalau makan dekat Kopitiam ni.....
Ipoh Station, bukan seperti restoran biasa.. memang best kalau lepak sambil-sambil minum-minum kat sini.. Oh semestinya mengimbau zaman dolu-dolu.. Ada pelbagai koleksi lama, antaranya papan-papan iklan dan photo lama.. Tak kurang jugak radio lama dan pemain muzik.. ala yang serombong besar tu..Apaketahnamanya..
Ala yang tu la...

Pagi tadi sekali lagi pergi makan dekat situ,,ala dekat umah je.. Tak pasti ada branch ke tak tapi kata member dulu ada kat Giant Kinrara,, ...

Yang ni dekat Bukit Puchong ja... 3 minit ja dah sampai.. Dan bila bawa kamera mulalah nak amik picta...


Mihun goreng Ipoh Station RM5.oo...





Signage dan papan iklan lama.... Teringat pula History Channel.. "American Picker"





Sebahagian dari koleksi...







Ni ha alat muzik yang apaketahnamanyetuuuu...






Rokok lama... atau koleksi kotak..perasan tak ada brand astro tuhhhh






Restoran/Kafe/Kopitiam Ipoh Station Bukit Puchong.. jom kena secawannn








Pilihan aku Nasi Goreng Ikan Rebus..favourite RM6.00






Harga lain:


Teh Ais RM2.00


Teh Tarik: RM1.80.







Verdict



Food: 7.5/10



Ambience: 7.5/10



Price: 8/10



Uniqueness:9.5/10


Lee Chong Wei Menang!!!



Dan Cheng Long kurang professional sikit.. Apabila menendang bulu tangkis ke gelanggang sebelah. Yang mana selalunya pemain menggunakan raket untuk menyerahkan servis kepada pihak lawan. Tiada lagi dalm pelawanan peringkat sebegini pemain menendang bulu tangkis. Satu gesture yang kurang professional dan Cheng Long sendiri perasan tindakan tu tak sepatutnya...




Walau bagaimanapun.. Tahniah LCW ke Final Maybank Malaysia Open 2012 dengan keputusan



21-18



17-21



21-13












Photo: Lindarosman.com

"Giliran aku pulak rogol"


Malang menimpa pengacara pelakon popular , Wardina. Ye lah boleh dikatakan pupolarlah daripada makcik-makcik dan penjual goring pisang kat jalan-jalan. Mereka mereka ini hanya org-org neoghbourhood saja yang kenal. Wardina satu Malaysia kenal dia.

"Untung"lah juga beliau kena rompak. Untung pulak???…Macam mana aku nak ckp ye..Untung lah kot ayat yang agak sesuai. Jangan salah paham yang aku bersetuju dengan mala petaka yang menimpa. Tidak sama sekali…


Kita lihat dari sudut lain…
Kalau iklan nak buat kan mesti kena guna artis atau model yang cun untuk menusukkan,menerapkan maklumat iklan dalam minda pengguna.. Kalau jual kereta pun kekadang guna awek seksi melahu kat depan kereta…Iklan mana pulak ni…??

Entahlah, contohnya lah… Apa kaitan perempuan dengan kereta, entahlah hanya gearbox saja yang paham…


Jadi kalaulah orang yang popular kena tentu akan jadi ingatan. Dan malang tu tetap malang . Dan perompak lahanat tu tetap perompak juga…

Jadi untunglah kepada pembaca yang boleh amik iktibar untuk sentiasa berwaspada tentang musibah dan kadar jenayah. Ingatlah mereka bahawa ada shj penjahat yang sentiasa ingin merampok harta benda.


Alhamdulillah Wardina dah lain-lain dalam rumah tidak tercedera.



Namun penulis merasa (uik aku guna penulis pulak..wakakaka)… penulis berasakan ramai lagi “wardina-wardina” diluar sana yang menjadi magsa kecurian dan ragutan setiap hari. Namun Wardina lain hanyalah manusai kerdil dan tidak menjadi “newsworthy”. Namun sekerdil mereka, ketakutan, kengerian, kerisauan dan betapa terkejutnya mereka adalah sama….. Dan jarang mendapat liputan media. Kalau ada pun hanya berita kecil yang pembaca akan anggap biasa lah.. Kena ragut memang ada saja. Kecurian memang berlaku bila-bila, dan org kekadang tak baca pun dan mungkin berlambak-lambak lapuran dan kes yang perlu disiasat…



Untunglah …..kerana ianya kembali mengingatkan kita yang kejadian jenayah masih lagi banyak, Ingatkan kita untuk lebih berhati-hati. Ingatkan kita tentang ngerinya Wardina direntap selimutnya ketika tidor,. Biar berita terus berlegar-legar diminda kerana “crime do happens”. Supaya kita berhati-hati. Harapan penulis supaya lahanat tersebut dapat ditangkap dan di adili secepat mungkin. Dengarnya dialect Indonesia..Adakah org seberang.. Takkan si Abon pulak kan… Oh apakah program 6P yang hampir tamat digunakan sebaik mungkin untuk membawa “rejeki” pulang untuk santapan keluarga di sana.



Kepada Wardina Walmot.. harap beliau terus bersabar atas ujian yang menimpa. Gunakanlah kesempatan untuk memeberi kesedaran dan untuk membantu org ramai supaya lebih berhati-hati dan menggesa jiran2 berwaspada dan supaya pihak berkuasa meningkat kawalan...

Ok Habis cerita tu.... Cerita dibawah tak ada kaitan tp nak post sekali...




“AKU punya turn mau rogol”Entry ni dah lama aku nak karang… mungkin sesuai sekarang..Terfikir tak mengapa kekadang perompak ini merogol mangsa mereka…Kekadang depa tibai serupa saja ada org tua, ada remaja... Moga dijauhi..

Dan sorang jer kot yang rogol. Yang lain tak amik bahagian..Kenapa ye. Padahal mereka ni tujuan ialah nak cari wang... atau rezeki.. Dan ada yang tak buat kerja sampingan i.e rogol2 ni.. Kenapa sesetengah mereka merogol dan yang lain-lain tolong pegang pulak tu.. Tak ada masa kot..Aku ni semuanya kot...

Mungkin inilah dialog penyangak-penyangak itu . (Agaknya lah..Aku suka buat hipotesis)


“Ok malam ni jgn lupa plan. Kita dah survey baeek punya. Rumah atas bukit tu. Macam banyak duit saja. Jauh dari org pulak tu. Sasaran baik punyaaaa”

“Macam biasa lah…Mesti boleh punya.. Sudah lama tak dapat hasil nih…”

“ Perempuan aku punya turn tau”

“Eh tak payahlah,, kita bukannya jahat,sudah-sudah lah.. kita nak amik duit sudah lah... hanphone dan laptop atau kereta saja…”

“OOO…turn aku kau tunjuk baik…hari tu kami pegang… kau hentam perempuan kat Wangsa Maju (tempat imiginasi ) baik punya.. sekarang turn aku kau cakap tak payah pulak…”

“Tu cerita lama”

“Tak kira… lepas kita dapat hasil, turn aku pulak.. kau org semua kasi pegang,,turn aku rogol tau..janji tetap janji”

Ok lah…ikut kau lah!!!

P.s Esoknya adalah kes rompak dan rogol masuk paper.. agaknye lah....
P.s2 Kalau artis yang kena ,,l agi lah gempak...

Wednesday, 11 January 2012

Cuti-cuti Malaysia Sabah: Menuju Pulau ( Photo)

Lama dah pasal percutian ni tak di update.. Al maklumlah agak sibuk dgn persekolahan dan awal tahun.. Wokeh.. Day 3 -- Hari Rabu..
Setelah check out dari Zarra Hotel..Check in kat D'borneo pulak. rates Rm from 135 -160. dekat sikit ngan town. Dekat apanya. Memang tengah town. Dekat Le Merridien and Philipine Market.. Anyway.. Letak bag kat lobby terus pergi naik bot. Programme hari mandi kat pulau..Kalau boleh nak pi semua pulau.. kalau larat




Permandangan jeti Pulau Mamutik.. rasanya masa diambil dari KK ke pulau ni dalam 20 minit kot..tak time la pulak, tapi rasanye sekejap saja







At manukan..air nya jernih... Tapi tak mandi dulu,, Target snorkling kat Pualau Sapi.. Katanya sana lebih cantik view..so jalan-jalan sajalah








Tak sabar nak mandi










View pantai yang memutih..











....




yang ni masa mula-,ula bertolak dari jeti kat KK




Di Pulau MAnukan..



ada peninggalan perang dunia...







@ Jeti Manukan
Gaya bebas kat jeti Manukan..



Nak masuk Taman Laut kena bayar dalam Rm3 ke Rm5 ...soory tak simpan tiket.. Tapi sekali ja bayar boleh masuk semua pulau..






Sebelum bertolak ke pulau...






Salah satu view yang sempat diabadikan...