Pages

Friday, 7 October 2011

Budget.....dia tidur ketika ribut...

Bajet la budak tu... Ko ni bajet!!!! Ko la bajet.. Seriuos aku lost ( sesat) dalam mencari erti budget.. a.k.a bajet.. sbb budak2 sekolah rendah pun sebut bajet..huh tinggi taraf pendidikan generasi kini...
Sama seperti aku kebingungan erti poyo!! Betul2 , aku tak pasti dan kureng berminat untuk memastikannya . Oh aku guna kureng la pulak..
.. tetiba poyo..sat g poyo..jgn dikomen kata aku poyo pulak ok...jangannn..

Ok balik kepada budget atau bajet sebentar tadi.
Ada yang berasa diberi anugerah dan berterima kasih dan bersyukur.. Ada yang merasakan kurang.. Biasalah ianya ada yang untung dan ada yang kurang.. Mana boleh semua ok saja kan..tu dah utopia namanya... atau paradise atau syurga. Selagi kat sini aka dunia, ada naik ada turun ..ada putarannya.. Kalau gomen naik gaji..karanag ada pulak yang naik harga..
Maka,, beringatlah ...

Aku teringat ucapan Tan Sri ( atau Datuk Seri) Sidek Hassan (TTSH)... dalam satu ucapan majlis yg beliau rasmikan , beliau ada menyentu ttg buku yg dibacanya,,,

Ada mengisahkan " Dia tidur ketika ribut".. bukan tajuk buku kot tetapi sebahagian dari plot cerita tersebut. "Dia tidur ketika ribut" mengisahkan seseorang yang bilamana keadaan kelam kabut dan kalau bilau ,dia boleh tidur!!!
Beliau, TSSH mengatakan buku tu mengisahkan seorang jejaka yg meminta pekerjaan di ladang. Antara recomendation yang diberikan kepada majikan(tuan punya ladang) oleh org yg dipercayai ialah,,, budak ini tidur ketika ribut.
Tetapi oleh kerana sangat-sangat memerlukan pekerja majikan tersebut terpaksa mengambil budak yang dikatakan tidur ketika ribut....
Kita kalau boleh hendak menjadi seperti budak itu...bagaimana???

nanti bersambung...aku mendengar azan..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again