Pages

Sunday, 25 September 2011

Kena tidur wad jugak malam tadi.....




Sabtu..
Danish appointment with doctor hari ni. Bawak Yasmin sekali yang asyik batuk dan muntah..
Aku pun dah seminggu sakit pinggang. Hari Khamis cuti untuk repair kereta pun tak sempat... kena pergi fisioterapi...
Aku memang terasa nak demam dari Khamis lagi..Mungkin sebab aku dok tahan sakit pinggang . Hari Jumaat memang demam!

Ptg sabtu ada jemputan in-law sebab celebrate birthday anak. Depa plan nak main bowling kat Tropikana.

Semua tu aku kena tukar plan. Suruh Lurvy bawa yang sihat pergi layan.. Dia orang dah teruja untuk bowling outing!!

Aku handle Danish dan Yasmin ...
Klinik paeds punya la ramai org, aku bawa Yasmin dulu untuk check. Selesai....

Jumpa dr Vernon...
"Ok, story to me..what happen"

aku pun cerita la bla bla bla: "Batuk-batuk, banyak kahak bunyinya...terutama waktu malam... berlarutan jugak.."

Doktor sambil memeriksa dada"Oh ooo, this is not good..."
How long this happen... 1 month 3 months or six month

Aku: Tak sure,, Lets put it 4 to 5 month doctor.. or six months , on and off..

Kemudin doc kata kena masukkan dia dalam wad, nak diagnose, xray dan bagai..

Pergi bahagian admission, bilik pulak takdak..Aku pun nak hantar Yasmin balik..
Malam baru call kata ada pesakit keluar tapi bilik tak ready lagi Nantii bilik siap baru dia call. Jam dah tunjuk pukul 8 mlm. Sampai pukul 9 pun tak call.
Huh legalah tak payah bawak Danish malam-malam nak admit...
esok saja lah pergi..
Dekat pukul 10 mlm ada call..
Kena datang jugak, nak ambil darah dan xray..
Esok tak leh buat ke???
Erm..mungkin pagi-pagi doc nak review result so kena datang jugak...
...kena lah tidor kat wad. Masuk bilik dalam pukul 12 malam kot..entah2 lebih,

Datang bukan setakat amik darah saja, siap pasang nak masuk drip kat tangan. Ye lah nak masuk antibiotik bagai... Cuma nurse tu la...lama sangat ( pada pengalaman aku), nak cucuk salur darah tu.. Cucuk , takda darah keluar . cucuk cabut cucuk cabut,..
berkali-kali cucuk baru ok... Meraung sakan la Danish...

Tu tak pa lagi..

Hari ni Ahad....
Lepas breakfast, kawan baeek punya layan cereal. Datang nurse nak ambil darah lagi...
Uik nurse amik lagi..
Nurse:"Nak wat alergy test "

Aku dah agak dah, mesti semalam diaorg miss satu tiub atau amik tak cukup..
Aku:"Semalam tak cukup ker?"
Nurse: "tak cukup"

Patutnya bila nak alat nak masuk drip tu,,mencurah2 darah boleh di"collect"..
Danish dah fobia..kali ni nekad tak kasi chance punya, tak kasi org cucuk..

4 nurse + aku kena pegang dia. Tau lah kan dgn meronta dan menendang, memang problem..
Macam kena rasuk pulak dia.. Fobia semalam yang nurse cucuk berkali masih menghantui....
Bila dah org meraung macam tu lagilah susah...


Memang payah tapi kena la buat juga...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again