Pages

Sunday, 4 September 2011

Jangan main sapu saja...

Sudah hampir 1 pagi. MAsa ni memang best menulis. Selalunya kalau aku nak mengilhamkan diri masa-masa macam ni lah. Dulu aku pernah menulis sampai berpuluh-puluh muka surat hanya pada satu malam. Tapi ketepikan yang lepas dulu.

Malam ni aku nak menulis pasal yang terkini. Aku menulis setakat yang aku paham dan setakat yang aku aku dengar dan baca. Dan pendapat aku mungkin akan berubah.

Pertama-tama, aku tertanya siapakah Mat Indera ni. Masih tak terjawab, tapi tadi aku terbelek Sinar Harian,masa aku nak beli STAR, tgk biodata dia, kalau tak silap adalah seorang tahfiz. Kemudian sambil semak blog ada yang kata ada pengiktirafan dari kerajaan negeri Johor samapi ada buku yang prakatanya ditulis oleh Menteri Besar Johor. Ok ok setakat tu saja. Aku tak ingat dah yang aku pernah belajar pasal dia ni.

Bukan guru aku meninggal sebelum sampai topik ni.. Bukan.. Cuma aku yang tak ingat, dan aku tak kisah sangat. Ye lah budak-budak mana mau ingat sejarah.

Biasalah kan, org yang dok sibuk pasal sejarah dan warisan ni ialah orang yang dekat nak jadi sejarah...Wohaaa!!!

Mat Sabu aku kenai sangat. Dan malangnya dia tak kenal aku.

Sama macam aku kenal Ibrahim Ali. Tapi Ibrahim Ali aku harap dia tak kenal aku..wohaaa 5 kali...

Masa cuti raya, aku sembang dgn pakcik aku. Dia kata bodoh Mat Sabu cakap pasal ni. Aku tak komen sangat tapi aku rasa tak bijak lah kot... Aku pun tenung punya tenung apa kejadah timbul isu ni...

Awat kata komunis tu baik dan dok pejuang kemerdekaan? Huih .. dekat2 nak ulangtahun Merdeka ni dok kalut apa pasai tu??? Itu yang aku pikirkan. TV3 dok keluar pasal ni naknak hari.. Utusan aku dah lama tak beli tapi setau aku muka depan. Aku pun nak kedepan jugak kalau sapa2 tiba-tiba dok sokong komunis. Mana boleh...! Itulah setakat dua tiga menjak sepanjang cuti raya aku.. Nak buat tak kisah ni isu besar ni... kena lah amik tau.

Tapi... sebelum aku buat andaian yang muktamad. Biasalah aku kena check fakta dulu... Ataupun aku kena buat hipotesis sikit lah...

Logik tak kenyataan ni: Siapa menentang penjajah British adalah pejuang kemerdekaan???
Dalm kes Mat Indera ni..sapa tentang siapa??? Aku tak check fakta lagi.. Sungguh, aku tak kenal pun Mat Indera ni...

Kalau bekerja dgn Jepun dikatakan tali barut Jepun kan. Kalau bekerja dengan CIA tali barut US kan. Kalau bekerja dgn penjajah British macam mana pulak....
Sudah! Macam mana nak ulas ni? ohh aku kena check fakta jugak...

Yang Mat Indera ni pergi join dgn komunis ni satu hal jugak. Kenapa???? Huh lagi aku pening.... Dia komunis kah???

Yang dok kalut pergi serang balai polis pasal apa??? Sapa boleh jawab??? Sebab dia pengganas kah.. Tapi kalau dia pengganas, kenapa ada juga yang iktiraf dia.. Eh ada ka org iktiraf dia???? Memang konfius sejarah kita kan...

Alamak satu benda penting.. ucapan Mat Sabu pun aku tak dengar lagi..Macam mana nak ulas... kannnn..

Korang ada dengar?? ader?
ko ader ??? Bak kata kawan aku dalam dalam fb dia.. Sikit2 ko ader... ko ader???

Kalau tak ader ..ade kan lah.

Point aku ialah, Kenal dulu (Mat) Sabu,, kenal dulu (Mat) Indera...kemudian cari jawapan mukta(mad).. Jgn kita jadi beruk (mat) yehhhhh!!!

P.s. Masih tak kenal Awang Sela(mat)

1 comment:

  1. haha. sue yg xtau sjarah pun jd cari tau pasal sjarah. dan sbb jwpn lum jupe jadi xleh nak komen..haha..

    nk tau btol slh kne tgk byk sumber. rmai yg hnye bersumberkan buletin utama. pelik~ hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again