Pages
▼
Thursday, 11 August 2011
Ramadan Hari 11: Kisah keracunan makanan
Terdengar dalam berita ada kanak-kanak meninggal kerana keracunan kalau tak silap. Alfatihah untuk arwah.Sebelum dah aku nukilkan pasal kurangnya aku ke bazar Ramadan kali ini. Tak tau kenapa. Mungkin masak lebih menjimatkan dan lebih sedap ( di baca memenatkan juga). Ada pelbagai kategori peniaga kat bazar Ramadan di mana asas pokoknya berniaga untuk mencari untung. Memang la kan , bukan nak buat kebajikan pulak berniaga nak rugi pulak. Dan semua berniat untuk memberikan makanan dan harga yang terbaik untuk pembeli di samping objektif pertama tadi untuk memaksimakan untung. Peniaga boleh terbahagi macam ni kot ..berdasarkan perbualanlah yer..Contohnya...
1. Kakak, abang masak elok-elok, cuci elok tau, kena jaga kebersihan supaya tidak ada maasalah. ( Yang kategory ni banyak sekali...boleh kata semua lah kot)
2. Ni dah basuh belum sayur???
Ala dah la kot. Dah dah cepat la masuk dalam api tu. Ok la tuh.
(kategory ni mungkin ada tapi amat sikit)
3. Ha kira ok la tu..masuk je takpayah basuh ....
(yang ni nasib baik tak ade , nasib tak baik, ada )
Mungkin bukan kat pasar ramadan saja. Mungkin dimana2 diseluruh negara.
Ye la kan kalau kat restoran tu kan nak masak banyak, dah la tu pekerja ni pulak makan gaji jer.
KAn dekat KFC pun pekerja sanggup buat perkara tak senonoh dgn makanan. Aku bila nak pergi KFCpun rasa tak lalu .
So kita ni kalau kena beli kat jenis no.3 tu memang malanglah. Kalau tak jadi apa mungkin selamat. Kalau masa tu ada kuman taun ke apa ke memang masuk hospital la jawab nya..
Dan yang menarik jenis no.3 pun kekadang sedap masakannya..( agak nye lah)
Masakan ni ok lagi kot sebba dimasak atas api..kalau ada kuman pun mungkin boleh mati kuman tu.
Tetapi kalau air..memang bahaya...
Jadi harap berhati-hati membeli makanan dan minuman dan harap dijauhi segala perkara2 yang menyedihkanlah di bulan mulia ini..
memang kena hati hati sebab bukannya semua tukang masak menjaga kebersihan
ReplyDeletekena hati2...selalu ciksya pergi PARAM pun beli pada yang ciksya kenal jer...sebab kawasan kampung kan...memang tahu atau kenal penjual2
ReplyDelete