Pages

Wednesday, 2 March 2011

No revolution, no problem

1.Mutakhir ini kita menyaksikan jatuhnya beberapa pemimpin Arab di kawasan Afrika Utara. At the last count, Libya masih lagi tak ketentuan. Apakah Muamar Gadaffi dapat bertahan atau bakal kena tahan. Hanya masa menentukan.

2.Seperkara yang menarik ialah tentang teory domino yang melanda negara berjiran yang bermula di Tunisia, melepasi Libya ke Mesir dan kembali ke Libya utk menjahamkan Muammar Gadaffi.

3.Kenapa berlakunya revolusi ini masih menjadi bahan kajian atau pada peringkat teory. Ia tercetus dan terus mendapat momentum. Peliknya penduduk dunia yang jauhnya beribu-ribu batu juga terus menyokong dan mengiakan revolusi tersebut.
3.Apakah hanya revolusi yang perlu untuk menentukan kemutlakkan kepimpinan. Aku pelik. Bukan apa…sebelum ni tak ada apa-apa keluhan atau kritikan terhadap para pemimpin tiba-tiba bila rakyat bergolak dan bangun terus tercetaklah segala kebaculan dan kekejaman pemimpin tersebut. Didada dada akan terbit kekejaman dan kedurjaan pemimpin tersebut.Sekarang baru tau ka???

4.Mungkin benar, namun selama ini dunia tidurkah??? Kenapa sekarang baru tersedar. Aku tak kata rakyat depa tu salah tapi kita sebenarnya bersikap reaktif. Kena ada pencetusnya baru lah nak turut serta. Bilakah kita nak proaktif..

5.Atau dunia tidak mahu memperdulikan hal ehwal negara org? Kenapa di Iraq, dunia ( lebih tepatnya, USA ) begitu ambil peduli. Hanya dgn guruh habis tempayan dicurahkan. Hanya dgn kononnya ada senjata nuclear habis Negara Iraq diceroboh. Awat tak suruh agen dia pi bunuh Saddam Hussain kalau hanya sekadar nak “get rid of him”. Atau sbb kat sana banyak minyak…

6. Berbalik kepada isu pokok, soalannya kita lambat sadar atau tersedar setelah wujud revolusi sekarang tak penting. Yang penting ialah dalam apa pun keadaan nyawa manusia amat penting. Jgn ada pertumpahan darah. Yang pemberontak kat Libya tetiba banyak senjata ni mai mana. Sapa yg supply??? US? Pulak..sokong US untuk menjatuhkan Muammar. Dulu Muammar ni bukan main hero sbb dia lantang tegur USA…. Sekarang ni kita ni dok tang mana. Adakah kita berpikir untuk kepentingan kita atau diatas sebab prinsip.

7. Lagi sekali berbalik pada soalan asal . No revolution no problem in Malaysia,, yang mana baik kita pakai, yang mana baik untuk depa saja, adik beradik dan kroni saja… memang tak boleh pakai…sapa-sapu pun lah.

Catatan tambahan… sekali satu puak ni rasuah atau seleweng, sampai berbillion-billion, tak tentu salah lagi tu. Kalau satu kaum ni lima puluh hinggit,,, riuh satu kampong, kena penjara bertahun-tahun . Ini sekadar analogi saja..pikir pikirkanlah. Jgn lepas ni nak merasuah pulak!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again