Pages

Friday, 14 May 2010

SMS Tgh Malam buta...memang potong betul la

Korang penah tak dapat sms tengah-tengah malam buta. Semua penah kan....Takkan tak penah.
Aku kategorikan sms mlm2 ni..maksud aku pukul 12.30 keatas ni hanyalah melibatkan sms penting sangat. Tapi tengok kepada siapa profile pengguna tu pulak. Geng2 bujang melepak tak pe la..
Walau apa pun aku terima satu sms pada pukul 01:19 am.
Tak tengok Handphone takut2 ada hal penting ke. Kalau penting tentu disusuli dengan panggilan call atau miss call ke. Penting dan emergency ni termasuk lah sakit ke, masuk hospital ke ape ke dan situasi yang sama waktu dengannya.
Tunggu jap tak de call pun. Tak tengok tak boleh juga. MAna tau jiran mintak tolong ke apa. Ada rompakan ke, samun ke curi ke kat kawasan kejiranan aku. Aku baru nak lelapkan mata. Balik main badminton .. Check bolg and berita terkini kejap dalam internet. Baru nak tidor.. bunyi sms masuk. Hp tu pulak aku letak jauh-jauh. Bukan bawah bantal pun.Bukan bini dok jauh pun . Boleh bisik ja kat sebelah.
Lagipun kalau dekat nanti aku tutp ja alarm tu. Kalau jauh aku kena bangun amik hp.Atau pun tutup dululah.hahaaha. Nak bini kejut jugak baru nak bangun...
Alamak sms apa lak ni. Aku nak tak nak kena la bangun pi ambik Hphone buruk aku.
Aku pun baca..Eii gerammnya aku. AKu baca tak habis pun tapi sekilas pandang aku tau la ia tak termasuk category yang aku mention kat atas tadi. sebab yang hantarnye CElcom...
Sekarang ni aku baca la bila aku nak tulis bolg hangat hati aku ni SMS nye berbunyi.."Bonus Bulanan: Anda menerima RM2.21 kredit panggilan percuma...." Malas aku nak taip perabih.
Hello Celcom.... Awat tak boleh tunggu esok ke nak hantar sms macam ni. Penting sanagt ke nak bgtau la la tu jugak. Waima pukul 1.19 pagi.
Yang aku tau sms pagi2 buta ni kalau geng2 tengok bola kat mamak, couple tgh dating dan benda2 emegency tadi sahaja.
Jadi tolongggggggg la wahai telco2 kat luar sana kalau hampa baca blog ni. Setkan sms macm ni pada waktu bekerja saja yer.Sebab boleh ganggu org tidor.. Boleh kacau mimpi org dan boleh potong stimmmmm..Sendri mau ingat la.. Itu pun tak leh pikir ke...
Hampeh ...

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again