Pages

Monday, 26 April 2010

Komen Pasal Kerja Telekom



Dah berapa kali aku terima panggilan dari telekom.. paling sikit pun 4 calls.. aku call sekali saja .Bagus la call aku banyak kali tapi keja tak selesai jugak. Masalah pun tak solve lagi...


LAst week.. Isnin 14 April aku call pasal cover telekom kat depan umah aku tutup tak rapat.. siap terjongket up to 2 inci.... huh up to 2 inci tu... macam iklan air asia lak from 9 ringgit 9 kupang. Yang tinggal "from" saja. Yg RM9.90 dah ke laut.. haram tak dapat. Gimik punya la dahsyat... AKu tak puas hati? Tak lah sbb aku pun bukan nya banyak duit nak berjalan pun... Cuma terbuang masa la masuk web ...............


Ok balik pada cerita aku..petang tadi dua kali..aku received call dari bahagian teknikal...

Kata dah ada area umah aku.....sejuk la hati aku. Balik nanti mungkin dah solve kot.. Pendekkan cerita, balik tengok serupa jugak. Dah seminggu dah, takut anak aku tersepak .. tertomoih, luka kepala lutut. Arghh boleh juga aku saman kan... Ok gak tu. Kena gaya dapat jugak masyuk..


Tapi kalau anak aku terjatuh aku jugak yang kelam kabut........


Masalah kecik saja. selalu aku malas nak report pun tapi yang kecik tu mungkin bertambah besar kalau kita as pengguna biarkan........


Masalahnya contractor yg pasang hsbb tu tak tutup manhole cover dgn elok. keja bukan main gempaq..hsbb, apa ke nama tu.. kalau hampa tak penah dengar..itulah High Speed Broad Band.. tak millenium ke menatang tu tapi keja tak complete. Buat keja bukan main canggih .. tarik cable broad band, tapi tutup cover pun tak reti.. macam mana Negaraku nak maju..


ok lah cukup la comment aku takat ni.......blog till drop. ini blog kita!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again